Tuesday, April 12, 2011

Lubuk Pancing Sekitar Kuala Lumpur


Yang ini pulak senarai tempat pancing kat Kuala Lumpur, lain padang lain ragamnya, lain kolam lain cabarannya

1) Kolam Pancing Ruskijang Park
Penghujung Kampung Kemensah (Belakang Zoo Negara Hulu Klang)

2) Kolam Pancing Joran Terjun
Penghujung Kampung Kemensah
(Belakang Zoo Negara Hulu Klang)

3) Kolam Pancing Wu Ping
Jln Kuari Kampung Cheras Baru

4) Kolam Pancing Hilltop
Belakang Bangunan Minlon, Jalan Balakong

5) Kolam Pancing Taman Desa Fishing Sport
Lebuhraya KL-Seremban (Susur masuk PJ/Shah Alam)

6) Kolam Pancing Danau Biru, Bangi

7) Kolam Pancing Angler’s Lounge
Sungai Buah, Bangi

8) Kolam Pancing Fifofo
Desa Pinggiran, Putrajaya

9) Kolam Pancing Hyperlink
Lot 920, Jalan Besar, Kg Bukit Lanchong, Shah Alam

10) Kolam Pancing Taman Perdana Putra
Taman Perdana Putra, Puchong

Lubuk Pancing Lembah Klang


Pulau Angsa
Bagan Sungai Besar
Tanker (Sekinchan)
Kolam Haji Salleh
Kolam Memancing Air Masin Kuala Selangor
Kolam Memancing Air Masin Jeram
Kolam Memancing Air Masin Sementa
Bagan Dato (Laut Dalam ke Pulau Sembilan)
Bagan Pasir (Laut)
Bagan Sungai Kajang (Laut)
Pantai Sekinchan, Parit 3 (Laut)
Bangkenal (Sungai Tengi)
Sungai Selangor (Udang Galah)
Pelabuhan Klang (Pintu Gedung & Laluan Kapal)
Pelabuhan Klang (Jetty StarCruise, Tanjong Gila, Tanjong Harapan dan Pulau Ketam)
Kampung Kuantan (Udang Galah)
Pulau Sembilan (Perak)
Sungai Yu (Talapia)
Sawah Sempadan (Ikan Darat)
Jambatan Tanjong Karang
Lombong Rawang/Batang Berjuntai (Toman, patin dan macam2 lagi)
Sungai Tengi (Air Tawar)
Pulau Jemur (Jeram)
Selat Melaka dari pantai Morib hingga ke Sabak Bernam (Laluan Kapal)
Pantai Jeram
Bagan Nakhoda Sabak Bernam
Sungai Sembilang (Jeram)

Dan banyak lagi tempat2 di sekitar lembah klang yang mungkin orang lain pernah pergi. Saya dah pergi semua tempat yang kat atas tue dan boleh dikatakan sebenarnya area lembah klang nie memang banyak tempat yang berpotensi tinggi sebagai padang pancing. Klu setakat nak merasai pengalaman memancing dengan kos yang murah dan tempat yang mudah di access, tempat2 kat atas tue adalah yang paling sesuai. Saya selalu turun Pulau Angsa dan laluan kapal di selat melaka dan hasilnya masih memuaskan. Jika sesiapa ada tempay yang paling idea di kawasan lembah klang nie bolehlah dikongsi bersama.

Monday, April 4, 2011

Tips Luar Biasa Memancing Udang Galah



Tips yang diturunkan dibawah ni berdasarkan pengalaman sendiri dan yang diajarkan sifu-sifu di Sabah :

1 Pakai mata pancing buat sendiri ( biasanya yang amat praktikal pakai tali gitar ( bass ) kan dalam dia ada lagi besi yang kecil... pakai tulah... bentuk-bentukkan sikit macam mata kail yang dijual dikedai tu.. Nota: Hasil eksperimen saya dalam arena pancingan udang ni... kalau perbandingan antara matai kail yang dijual dikedai dengan tali gitar ni... 10 ekor hasil mata kail bikin... 1 ekor oleh mata kail berbagai jenama ( Nisbah 10:1 )

2 Pakai stokin wanita... Caranya simpan umpan dalam stokin tu,kemudian labuhkan macam sauh... Cuba tunggu 1/2 jam... akan kelihatan beberapa ekor udang akan melekat pada stokin tu kerana ia cuba menyepit tapi tak boleh terlepas...

3 Pakai rasuah... Caranya kena beli 1 tin sardin,kemudian tebuk tin tersebut buat lubang-lubang kecil tetapi biar banyak... lepas tu labuhkan macam sauh juga...lihatlah hasilnya..

4 Kalau banjir jangan disangka udang tak makan pancing,biasanya kalau air keruh,udang akan mencari makan berhampiran tebing... so,pancinglah ditepi...

5 Kalau udang galah ni galak makan pada waktu matahari nak tenggelam,baik berhenti... jangan teruskan... bukan apa banyak buruk dari baiknya terutama kalau mancing seorang ditempat yang terpencil.

Cara Pancing Udang Galah


1.Habitat

Udang galah amat gemar mendiami habitat sampah sarap dan air sedikit berarus kerana di situ dikatakan banyak makanan. Bagaimanapun, ada pendapat mengatakan di mana ada buaya di situ akan udang.

Bersampan semasa memancing udang galah dikatakan lebih mendatangkan hasil berbanding memancing dari tebing. Jika bersampan............ akan memudahkan pergerakan untuk mencari lubuk udang.

2.Tabiat
Udang juga mempunyai tabiat gemar berkumpul. Apabila pemancing melabuhkan umpan hampir setengah jam tidak mendatangkan hasil, bererti kena beralih ke lubuk lain. Biasanya udang aktif mencari makanan selepas musim hujan dan panas terik dalam masa seminggu. Itulah masa terbaik untuk memancingnya.

Ada juga pemancing yang mengguna pakai petunjuk daun getah gugur menandakan bermulanya musim udang galah. Memancing udang galah memerlukan kepakaran tersendiri. Pada masa yang sama udang galah juga bijak melepaskan diri daripada mata kail.

3.Joran
Joran antara faktor utama kejayaan memancing udang galah. Anda tidak perlu joran sepanjang 5 hingga 6 kaki. Sebaliknya hanya sekadar 1 hingga 1.1 meter. Pastikan hujung joran halus bagi memudahkan pemancing mengesan udang menarik atau memakan umpan.

4.Tali utama
Kalau boleh gunakan tali yang berdiameter halus supaya kita dapat merasai kenikmatan memancing udang galah. Kita hanya perlukan tali yang berkekuatan 10 hingga 15 paun sahaja untuk udang galah. Bagi yang sering mengalami putus perambut akibat gigitan buntal, anda dinasihatkan menggunakan perambut tali benang.

5.Mata kail
Mata kail udang terbahagi kepada 2 jenis iaitu berduri pandan dan tidak berduri. Bagi yang mempunyai, peluang udang untuk melepaskan diri adalah tipis dan sebaliknya bagi mata yang tidak berduri. Bagi memancing udang galah di sungai, mata kail berduri perlu bersaiz 1/0,1 dan 2. Bagi mata kail biasa adalah bersaiz 5 hingga 8.

6.Batu ladung
Penggunaan batu ladung amat penting apabila memancing di sungai kerana kebiasaan udang galah menghuni di dasar yang sedikit berarus. Jika lubuk itu tenang batu bersaiz 2, 3 dan 4 sudah mamadai. Jika sungai berarus, batu bersaiz 5 hingga 8 amat sesuai.

7.Teknik memancing udang
Sudah menjadi tabiat udang galah memakan umpan sekadar mencuit-cuit seperti anak ikan mengacau umpan (ngutis - dialek Kelantan). Untuk menarik mangsa joran diangkat perlahan-lahan. Jangan sesekali kita menyentap seperti memancing ikan. Begitu juga........ jangan menarik terlalu perlahan kerana udang akan terlepas. Ada juga udang galah agresif yang menarik umpan seperti ikan.

8.Umpan
Pemilihan umpan yang sesuai antara faktor yang menghasilkan tangkapan yang lumayan. Kebanyakan pemancing menggunakan perumpun kerana ianya amat efektif. Ada juga pemancing yang menggunakan umpan cacing, anak udang dan hati ayam yang hiris kecil.

.........

selamat menduga si sepit biru.

Sunday, April 3, 2011

Petua Memilih Joran Yang Baik


Membelilah mengikut kemampuan. Murah atau mahal tidak menjadi masalah asalkan memberi 'perkhidmatan' terbaik untuk memancing. Namun kebiasaan yang mahal mempunyai kualiti yang agak sempurna. Jika memilih joran fikirkan adakah ia sesuai dengan gaya memancing anda. Samada untuk kegunaan memancing di laut, memancing di sungai, memancing di muara, memancing di tasik atau sebagainya.


Alat memancing, diperbuat dari gentian kaca, grafit atau gabungan karbon seperti boron atau grafit kevlar. Bahan-bahan ini sebenarnya mempengaruhi gaya memancing anda. Jika anda memegang joran untuk memancing dalam jangka waktu yang lama atau ketika melakukan 'casting', joran yang sesuai adalah jenis joran memancing aksi ringan, supaya tangan anda tidak cepat lenguh.




Joran dari jenis karbon dan grafit adalah lebih ringan dan lebih mahal dari joran dari jenis gentian kaca. Joran untuk kekili mendatar mempunyai bilangan cincin antara 5 hingga ke 7. Jumlah yang seimbang memberi lenturan yang seimbang. Ketika membeli joran, anda hendaklah memeriksa cincin joran dengan teliti, kerana walaupun joran anda kelihatan baru terdapat juga cincin yang rosak atau retak dimana ia boleh merosakkan tali pancing anda.





Bentuk cincin joran Terdapat tiga jenis cincin yang boleh didapati :

Cincin joran berkaki tiga
Cincin joran berkaki empat
Cincin Joran berkaki tunggal

Didapati bahawa cincin berkaki tunggal dan berkaki tiga lebih baik kerana ia lebih elastik, dimana ia akan dapat mengikut lenturan joran, manakala jenis cincin joran berkaki empat tidak dapat berbuat demikian.Pemegang joran - pemogan joran untuk memancing yang popular ialah dari jenis gabus dan span.

Pemegang gabus kelihatan sedap dipandang dan sudah tentu harganya lebih mahal sedikit dari jenis span.Sekiranya anda memilih joran yang mempunyai 2 bahagian, pastikan sambungannya mestilah padu dan kukuh. Penyambung yang bagus akan menghasilkan bunyi 'pop' apabila ditanggalkan.


Cara Memilih Atau Membeli Joran Dan Kelili Yang Baik

Membelilah mengikut kemampuan. Murah atau mahal tidak menjadi masalah asalkan memberi 'perkhidamatan' terbaik untuk memancing. Namun kebiasaan yang mahal mempunyai kualiti yang agak sempurna. Jika memilih joran fikirkan adakah ia sesuai dengan gaya pancingan anda samada untuk kegunaan ke laut,sungai atau muara, tasik atau sebagainya.

Material - samada gentian kaca, grafit atau gabungan karbon seperti boron atau grafit kevlar. Bahan-bahan ini sebenarnya termasuk dalam gaya pancingan anda. Jika kita memegang dalam waktu yang lama atau melakukan 'casting', perlulah anda memilih joran aksi ringan supaya tidak cepat lenguh tangan. Sesungguhnya joran jenis karbon dan grafit lebih ringan dan lebih mahal dari gentian kaca. Joran untuk kekili mendatar mempunyai bilangan cincin antara 5 ke 7. Jumlah yang seimbang memberi lenturan yang seimbang. Ketika membeli joran hendaklah diperiksa cincin dengan teliti, walaupun baru terdapat juga cincin yang rosak atau retak yang boleh merosakkan tali. Bentuk cincin yang berkaki tiga (2 dibelakang, 1 depan), berkaki empat dan berkaki tunggal. Cincin berkaki tunggal dan berkaki tiga lebih baik kerana ia lebih elastik, ia akan dapat mengikut joran melentur tetapi cincin berkaki empat tidak dapat berbuat demikian. Jenis pemegang joran yang popular ialah jenis gabus dan span. Pemegang gabus sedap dipandang dan sudah tentu harganya mahal sedikit. Sekiranya anda memilih joran 2 bahagian, pastikan sambungannya mestilah padu. Penyambung yang bagus akan menghasilkan bunyi 'pop' apabila ditanggalkan.

Seperti joran, penghasilan kekili juga semakin hebat dan menarik, alas bebola (ball bearing) ditambah sehingga mencapai 11 biji. Sebenarnya penggunaan alas bebola ialah untuk melancarkan pergerakkan gelendung. Sebenarnya alas bebola tidak begitu penting tetapi ia dapat memberi kelancaran apabila digunakan. Kekili juga mempunyai peraturannya sendiri seperti jika ia hanya mampu menampung kekuatan 6 kg dengan tali sebesar 20 paun tapi anda menggunakan kekuatan 30 - 40 paun kesannya akan ditinggalkan pada gigi gear dan shaf utama. Adakalanya gigi gear tertanggal dan shaf bengkok, seterusnya ia akan mula mengeluarkan bunyi yang kurang enak didengar. Kedua-dua bahan ini amat perlu dijaga untuk penggunaan jangka panjang. Pastikan pemilihan joran, kekili serta tali bersesuaian barulah peralatan anda dapat bertahan lama.