Monday, April 4, 2011

Cara Pancing Udang Galah


1.Habitat

Udang galah amat gemar mendiami habitat sampah sarap dan air sedikit berarus kerana di situ dikatakan banyak makanan. Bagaimanapun, ada pendapat mengatakan di mana ada buaya di situ akan udang.

Bersampan semasa memancing udang galah dikatakan lebih mendatangkan hasil berbanding memancing dari tebing. Jika bersampan............ akan memudahkan pergerakan untuk mencari lubuk udang.

2.Tabiat
Udang juga mempunyai tabiat gemar berkumpul. Apabila pemancing melabuhkan umpan hampir setengah jam tidak mendatangkan hasil, bererti kena beralih ke lubuk lain. Biasanya udang aktif mencari makanan selepas musim hujan dan panas terik dalam masa seminggu. Itulah masa terbaik untuk memancingnya.

Ada juga pemancing yang mengguna pakai petunjuk daun getah gugur menandakan bermulanya musim udang galah. Memancing udang galah memerlukan kepakaran tersendiri. Pada masa yang sama udang galah juga bijak melepaskan diri daripada mata kail.

3.Joran
Joran antara faktor utama kejayaan memancing udang galah. Anda tidak perlu joran sepanjang 5 hingga 6 kaki. Sebaliknya hanya sekadar 1 hingga 1.1 meter. Pastikan hujung joran halus bagi memudahkan pemancing mengesan udang menarik atau memakan umpan.

4.Tali utama
Kalau boleh gunakan tali yang berdiameter halus supaya kita dapat merasai kenikmatan memancing udang galah. Kita hanya perlukan tali yang berkekuatan 10 hingga 15 paun sahaja untuk udang galah. Bagi yang sering mengalami putus perambut akibat gigitan buntal, anda dinasihatkan menggunakan perambut tali benang.

5.Mata kail
Mata kail udang terbahagi kepada 2 jenis iaitu berduri pandan dan tidak berduri. Bagi yang mempunyai, peluang udang untuk melepaskan diri adalah tipis dan sebaliknya bagi mata yang tidak berduri. Bagi memancing udang galah di sungai, mata kail berduri perlu bersaiz 1/0,1 dan 2. Bagi mata kail biasa adalah bersaiz 5 hingga 8.

6.Batu ladung
Penggunaan batu ladung amat penting apabila memancing di sungai kerana kebiasaan udang galah menghuni di dasar yang sedikit berarus. Jika lubuk itu tenang batu bersaiz 2, 3 dan 4 sudah mamadai. Jika sungai berarus, batu bersaiz 5 hingga 8 amat sesuai.

7.Teknik memancing udang
Sudah menjadi tabiat udang galah memakan umpan sekadar mencuit-cuit seperti anak ikan mengacau umpan (ngutis - dialek Kelantan). Untuk menarik mangsa joran diangkat perlahan-lahan. Jangan sesekali kita menyentap seperti memancing ikan. Begitu juga........ jangan menarik terlalu perlahan kerana udang akan terlepas. Ada juga udang galah agresif yang menarik umpan seperti ikan.

8.Umpan
Pemilihan umpan yang sesuai antara faktor yang menghasilkan tangkapan yang lumayan. Kebanyakan pemancing menggunakan perumpun kerana ianya amat efektif. Ada juga pemancing yang menggunakan umpan cacing, anak udang dan hati ayam yang hiris kecil.

.........

selamat menduga si sepit biru.

No comments:

Post a Comment