Monday, December 19, 2011

Teknik Hebat Memancing Ikan Patin

Teknik Hebat Memancing Ikan Patin

Pegasius atau biasa juga disebut ikan patin atau jambal adalah jenis ikan yang bermain di dasar. Untuk pemancing jenis ikan ini berikut adalah tips dan trik memancing ikan ini.

Rangkaian pancing ikan patin bisa menggunakan pelampug atau tidak (glosor). Rangkaian ikan pancing bisa terdiri 1 atau 2 mata kail ukuran kecil sampai sedng. Hal ini dikarenakan ikan pegasius tidak memiliki mulut yang terlalu besar. Gunakan kawat nikelin kecil dan lemas aau kenur pandu / lider, kili-kili dan timah pemberat ukuran kecil.

Yang harus diingat, apabila anda lebih suka pada pelampung adalah jarak kail samapai pelampung harus sepanjang dalamnya sungai atau kolam agar umpan dapat menyentuh dasar.

Pertama-tama ikatan pancing ke nikelin / kenur pandu sepanjang 5-7 cm, kemudian nikelin atau kenur pandu tersebut (apabila ada dua, kedua-duanya) diikatkan ke kili-kili.

Sebelumnya kili-kili itu diikatkan ke senar utama, jangan lupa masukkan timah pemberat di kenur utama. Pastikan timah pemberat yang digunakan adalah jenis yang bolong di tengah (timah melinjo) sehingga timah dapat bergerak leluasa di senar utama.

Setelah timah dimasukkan, ikatkan senar utama ke kili-kili yang tersambung dengan mata kail. Setelah rangkaian pancing jadi, gunakan karet stopper di senar utama sebagai penjaga agar timah tidak berjalan terlalu jauh dari kili-kili. Jarak 5 cm biasanya sudah cukup memadai.

Setelah umpan yang terpasang dilempar , pastikan senar berada di garis lurus antara pemancing dan umpan. Tidak perlu menarik senar sehingga tegang, justru biarkan agak kendor sehingga senar bisa terlihat terapung di atas air membentuk satu garis. Apakah ikan menyambar, maka pemancing akan melihat garis yang terbentuk dari senar di atas air tersebut berjalan.

Ikan patin tidak akan membawa umpan dalam satu kali sentakan, begitu senar bergerak beberapa saat cepat-cepat sentak joran anda. Telat menyentak akan mengakibatkan umpan dilepehkan oleh ikan dan terlepas.

Ikan patin akan terasa mengasikan apabila dipancing dengan senar kecil. Untuk pemula disarankan senar berukuran 8-12 lbs, bagi yang menyukai teknik fight “tarik-ulur” disarankan menggunakan senar berukuran 2 – 6 lbs.

Jangan lupa setelan drag yang disesuaikan dengan ukuran senar. Hentakan pertama tidak akan membuat ikan patin berukuran besar melawan dengan kuat, anda biasanya akan merasa berat, tetapi semakin ke pinggir maka ikan akan mulai “mengamuk”.

Hati-hati, sentakan mendadak dari patin terhadap senar kecil dapat memutuskan tali senar. Ketika ikan sudah dekat dan siap untuk diangkat, siapkan serokan untuk mengangkat ikan. Ingat jangan memegang tali apabila ingin mengangkat ikan untuk diserok. Apabila menggunakan kenur kecil, ikan patin yng hendak diserok biasanya akan melawan dengan keras dan kemungkinan besar putus.

Pertandingan Memancing Ikan Toman

Pertandingan Memancing Ikan Toman

KUALA LUMPUR - Ketangkasan Jamaluddin Saidin, 48, menjinakkan seekor ikan toman seberat 9.1 kilogram membuahkan hasil apabila beliau berjaya menjuarai Karnival Memancing Zoo Negara anjuran Celcom (M) Berhad di sini semalam.

Jamaluddin menggunakan sepenuh tenaga dan pengalaman 20 tahun memancing ikan untuk 'bertarung' dengan ikan itu selama kira-kira 10 minit sebelum ia mengalah dan berjaya dinaikkan.

Kemenangan itu membolehkan Jamaluddin membawa pulang wang tunai RM2,000, peralatan memancing serta sebuah telefon bimbit.

"Nak menjinakkan (ikan) toman ini kena banyak bersabar. Lepas itu tarik tali pancing tak boleh kuat sangat. Senang cerita kena 'layan' ikan toman ini dulu,'' katanya.

Jamaluddin sebenarnya layak untuk membolot hadiah kedua dan ketiga selepas menjinakkan dua lagi ikan toman dengan berat 7.2 kilogram dan 7.4 kilogram.

Namun, pihak penganjur telah menetapkan peraturan untuk mengira ikan toman paling berat bagi setiap peserta.

Ia membolehkan tempat kedua dimenangi oleh Shamsuddin Kasdi, 46, dengan toman seberat 7.1 kilogram manakala tempat ketika oleh Ayub Kazali, 34, yang menjinakkan ikan toman seberat tujuh kilogram.

Masing-masing berjaya membawa pulang wang tunai RM1,500 serta RM1,000, peralatan memancing dan telefon bimbit.

Kesemua ikan yang dipancing kemudian diserahkan kepada pengurusan Zoo Negara untuk dilepaskan semula.

Teknik Memancing Guna Gewang Dan Jigs

Teknik Memancing Guna Gewang Dan Jigs








Soalan: Bolehkan jigs dan gewang digunakan ketika memancing dari atas kelong atau rumah rakit? Apakah warna gewang paling sesuai untuk mengilat senangin dan siakap?

Nizam; Keluang, Johor

Soalan: Bolehkan jigs dan gewang digunakan ketika memancing dari atas kelong atau rumah rakit? Apakah warna gewang paling sesuai untuk mengilat senangin dan siakap?

Nizam; Keluang, Johor
Jawapan: Gewang lebih sesuai digunakan di kelong dan rumah rakit berbanding jigs.
Penggunaan jigs mungkin sesuai jika tempat berkenaan mempunyai kedalaman lebih dari 20 meter.

Pemancing dinasihatkan membawa pelbagai gewang mengikut jenis tertentu. Alternatif lain ialah pengunaan gewang plastik lembut (soft plastic) kerana pergerakan gewang jenis ini lebih tertumpu di kawasan dasar dan sesuai digunakan walaupun di kawasan air cetek.

Manakala warna gewang tidak terbatas dan tidak mempengaruhi selera ikan. Ini kerana setiap gewang dicipta mengikut pergerakan ikan sasaran dan berat selamannya sudah dikira untuk sesuatu kedalaman air.

Selain itu, ada pengeluar yang menghasilkan gewang menggunakan warna mirip ikan sebenar membabitkan ikan tambam, ikan sembir, ikan bilis dan beliak mata.
Gewang jenis ini amat efektif dalam situasi tertentu. Namun, penggunaannya harus diteliti kerana jika silap ikatan, bermakna wang anda akan lebur bersama gewang mahal itu jika tiba-tiba dilarikan ikan besar yang berkenan lalu membahamnya.

Petua Mengatasi Mabuk Laut

Petua Mengatasi Mabuk Laut

( Samada benar atau tidak kita perlu mencuba terlebih dahulu dan jika mahu mencuba saya sarankan agar berselawat terlebih dahulu. Jika masih mabuk gunakan teknologi terkini dengan menelan pil penahan mabuk dan jika masih gagal, dinasihatkan jangan kelaut. Memancing sahaja di sungai dan tasik – anda pasti tidak mabuk)

  1. Ini rasional – mengikut pakar perubatan. GINJAL dibelakang telinga memainkan fungsi penting dalam menseimbangkan tubuh badan. Digalakkan mengurut ginjal dibelakang telinga terutama bila mula merasa pening. Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan selain melakukan senaman ringan mampu menghilangkan rasa mabuk laut.
  2. Bagi nelayan, MINUM AIR LAUT dikuala mampu menahan diri daripada mabuk laut. Boleh diminum hingga ‘sendawa’ dan boleh juga sedikit sahaja kerana ini boleh menahan tekak dari merasa loya.
  3. Syor nelayan dan TLDM, agar orang yang mabuk laut, TERJUN DAN MANDI LAUT tapi mesti pandai berenang. Dengan menyelam beberapa ketika badan dan kepala akan menjadi segar semula.
  4. OREN SUNKIST juga berguna. Ada orang kata,limau tak boleh dibawa kelaut, takut ribut. Kita hanya perlu bawa kulit Oren Sunkist saja. Kalau boleh kunyah kulit Oren berkenaan sepanjang berada di laut. Kalau tak sanggup, kunyahlah sebelum perjalanan dan jika terasa loya semula, kita kena kunyah lagi.
  5. Cuba makan KELEDEK MENTAH. Rasionalnya mudah, keledek mentah mempunyai sedikit getah yang boleh membuat mulut kita tidak rasa loya.
  6. Makan PISANG KELAT. Rasionalnya sama seperti keledek. Untuk lebih mujarab, titiskan sedikit air limau sebelum memakannya.
  7. Selit kan SAYUR KANGKUNG dipinggang atau poket.Pastikan ia tidak jatuh sepanjang kita memancing.
  8. Tumbuk LADA HITAM yang dicampur dengan HALIA BARA, kemudian sapu diperut terutama bahagian pusat sebelum ke laut.
  9. Sebelum memancing , jangan minum minuman yang BERKRIM ATAU BERSUSU. Seeloknya bawa AIR OREN sebagai minuman semasa memancing.

"SELAMAT MENCUBA & SELAMAT MEMANCING"